Welcome

Welcome to my showcase, there's always something special for everyone here.. enjoy..

Khamis, 2 Jun 2011

Anak Burung Walit ke ni?


Jalan-jalan lagi dengan hubby malam ni. Kat rumah panas sangat. Bebudak ni pulak asyik membising aje kerjanya. Lepas keluar dari sebuah farmasi untuk beli ubat, nampak suami terkial-kial dekat kereta. Apa benda dibuatnya.tu? Oh, rupa-rupanya anak burung!! Burung walit ke ni?.  Sebab sekarang orang kat bandar ni telah tukar kedai jadi rumah burung. Mesti anak burung ni tertinggal dek ibunya. Pity the small creature, being left behind and hopeless like this made me sad. To think about it these birds (swallows) are more fortunate than some of us human beings. They are being cared for 'cos they can create business and money to us. Not like us humans, once we chose the wrong way, we are very much unwanted by the public. Nowadays, shops turned to birds' nests just for the matter of raising the birds for their nests. The nests is then processed and turned into a refreshing bird's nest drinks which claimed to cure certain illnesses.

Contrary to us humans, bila dah makan dadah tu merayau merata tepi jalan. Orang dah tak pandang, aplagi nak sediakan rumah. Ya lah, kalau dah begitu tak ada gunanya lagi kepada masyarakat. Masyarakat tak boleh buat duit dengan penagih ni, bukan macam burung walit tu. Hai, bertuahnya kau burung. Tapi kita semua kena lah ambil iktibar dari perkara ni. Jadilah orang yang berguna dan boleh dimanafaatkan oleh keluarga, bangsa dan negara. Usah menjadi sampah masyarakat, hidup tak dilayan, mati belum lagi.

Anak burung walit ke?

Kesian dia..
Kepada anak-anak dan muda-mudi sekelian, ingatlah negara ini warisan nenek moyang kita, pertahankanlah. Jadilah belia tiang negara, penyumbang masa depan yang teguh prinsip dan imannya. Anak burung patah sayapnya tapi masih ada orang yang membela, jika negara kita ini dipenuhi oleh remaja yang patah semangatnya, musnahlah bangsa depan kita.

Tiada ulasan: