Semalam dah berlangsung final episode maharaja lawak tahun ni. Dan semua orang dah tau yang Sepah dah menang. Kayalah bebudak tu ye. Saya tumpang gembira juga sebab tiap-tiap minggu ada tengok slot ni. Memang kelakar betul dia orang berlawak. Selamba betul. Sekarang ni buat bodoh pun dapat duit ye.. apalagi buat pandai. Dulu-dulu zaman saya kecik2 ari tu, kalau kita asyik melawak je, mesti orang tua cakap jangan buat bodo lah.. Bukan dapat makan pun kalau asyik melawok tak kira tempat. Tapi sekarang dah lain, pelawak diasah dan diajar cara-cara melawak yang betul dan ada pula etika yang perlu diperhalusi. Bukan lawak tak beretikalah, dalam erti kata lain. Mereka diberikan platform yang bagus untuk pamerkan lawak mereka. Astrolah selalunya buat benda gini. Bagus jugalah, tak adalah dia orang melawak kat tepi2 longkang, ganggu anak dara orang lalu lalang. Ye lah kebanyakan mereka bukan dari latarbelakang yang baik dari segi pembelajaran. Tapi mereka ni telah membuktikan bahawa pelajaran tinggi saja belum tentu boleh menjadi bintang dan dapat mengubah kehidupan. Bakat mereka tidak disia-siakan begitu saja. Bakat2 begini jika diketengahkan dengan cara betul boleh menjamin masa depan mereka dan keluarga mereka nanti. Bagi anak-anak yang masih belajar tu, habiskan belajar dulu. Walaupun ada minat ke arah itu, tangguhkan sehingga habis belajar. Berbakat dan berilmu itu adalah lebih baik dari berbakat saja. Kolobrasi bakat dan ilmu itu nanti akan menjadikan anda orang yang lebih baik dari yang berbakat saja. Kita tengoklah dulu arwah Sudirman, beliau bukan saja berbakat tapi berilmu. Sebab itulah berjaya ke tahap orang lain tak mampu buat. Apakan daya, umur hanya setakat itu dipinjamkan Allah, kalau tidak dia pun dah jadi Pengetua AF!.
AF pun dah habis, dah tak akan ada lagi. Maka tak payahlah anak-anak muda sibuk nak berangan jadi pelajar akademi fantasia tu. Fantasi? Namapun fantasi kan? Agaknya, ramailah bekas2 pelajar tu berfantasi lagi sampai sekarang kan? Mengharap diri akan menjadi yang terbaik wok, tapi sampai sekarang makan asap. Kesian mereka tu. Masa belajar buang2 masa nak jadi penyanyi, last2 berfantasi ajelah.. Wow, jangan aku dimarah pulak oleh pihak yang minat sangat dengan AF ni. Tak apelah, pada yang masih belajar tu, tak payahlah jadi penyanyi... Banyak kerja lain boleh buat kita banyak duit. Tak glamer tak apa, duit mesti banyak wok.. banyak duit semua boleh jadi. Ok fikirkanlah ye anak-anak ku,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan