Welcome

Welcome to my showcase, there's always something special for everyone here.. enjoy..

Isnin, 27 Jun 2011

Another 3kgs?

My knees started to ache nowadays. What was wrong with me? Is it due to old age, manopausal or whatever? Hai, tak boleh jadi ni, kena timbang berat badan nih. Apabila ditmbang, terkejut sangat rupanya berat badan dah naik 3 kg.. 3 kgs in just two months? The last time I weighted myself it was not like this. Makan sedap ke selama ni? Bersenam pun dah jarang-jarang, maklumlah dah 'ancient' jadi malas pulak. Ni tak boleh jadi ni. Orang lain senang-senang je jaga makan, kita bukan main susah lagi. Kalau nak naik badan tu bukan main senang pulak. Macam kucing kat rumah ni, dulu masa baru-baru daftar jadi ahli langsing je body nya. Hari-hari minta makan dengan aku dan anak-anak, sekarang dah gedempol. Dah lah gedempol, mengada pulak tu. Tidur mesti atas-atas je. Tak mainlah bawah-bawah katil, mesti atas kerusi komputer, atas tilam dan sofa tempat dia. Memang nyampah tengok tapi nak buat macam mna, peminat dia ramai kat rumah ni. Termasuk lah orang tua yang sorang tu (suami). Kalau disebut nak buang kucing, siaplah kita dibebelnya. Dikatakan nanti mahal rezekilah, rosak keretalah, kalau kucing nan seekor itu dibuang, kononnya. Huh, kau tak nampak pun yang kucing tu begitu berdaulat sekali hingga boleh merosakkah kereta pulak. Mahal rezeki tu tak pastilah, sebab rezeki datang dari Allah. Mungkin kalau kita selalu bersedekah ke kucing tu rezeki kita murah, betul lah tu. Setiap yang bernyawa di bumi ini memang ada rezekinya disediakan, tinggal lagi kita kena usaha saja untuk mendapatkannya. Tapi kucing ni bukan pandai usaha cara lain, masuk rumah orang minta-minta dan lama-lama tu jadi penghuni tetap. Ye lah, kesian juga binatang tak bertuan. Kalau bertuan tu, zalimnya tuan dia hingga membiarkan binatang peliharaan berkeliaran ke rumah jiran. Kalau tak sanggup bela dulu jangan dibela dari awal ye.. Dah bela tu, belalah terus sampai mampus.. itulah ayat suami saya bila saya kata kucing ni menyusahkan saja.  Hehe, orang lelaki ada komen tak tentang ni? Anak-anak saya mesti berasap telinga dengan ayat power dia ... bye..

Tiada ulasan: